Tag inkramadan

Kehangatan Inkramadan @ Majalah Fantasia #04

Majalah Fantasia adalah sebuah majalah komik yang baru ditubuhkan pada tahun ini. Menampilkan pelbagai komik yang berkualiti daripada pelukis komik tempatan dari seluruh Malaysia.

Fantasia memberikan platform kepada lebih ramai bakat seni seperti pelukis komik, kartunis dan penulis untuk berkongsikan karya mereka. Ini juga antara usaha berterusan bagi memartabatkan industri seni kreatif negara.

Dalam keluaran terbaru, ia ada menampilkan artikel mengenai Inkramadan yang diuruskan bersama oleh Comicore Club dan Sako Plus pada tahun ini.

Inkramadan merupakan sebuah cabaran melukis secara online sepanjang bulan Ramadhan yang sertai oleh pelbagai lapisan pelukis. Ia turut menampilkan peserta daripada negara Indonesia, Brunei dan Singapura.

Syarat penyertaan inkramadan adalah meletakkan hasjtag #inkramadan pada setiap posting lukisan di media sosial. 

Objektif utama #Inkramadan adalah untuk menyebarkan kartun2 bermesej positif di media sosial. Selain itu ia merupakan platform untuk bakat-bakat baru untuk mempertengahkan bakat mereka melalui media sosial khususnya penggunaan hashtag. #Inkramadan telah bermula sejak 2015, sehingga kini pelbagai komik telah diterbitkan dari Inkramadan, beberapa pameran telah dibuat dan ramai bakat-bakat baru telah diperkenalkan.

Pada tahun ini, Sako Plus dan Comicore Club telah bergabung untuk menguruskan Inkramadan tahun ini. Menampilkan Aziz, Khairl, Huzza dan Mior.

Pada tahun ini, Inkramadan terbahagi kepada 3 komponen iaitu

1) #inkramadan: Cabaran melukis pada bulan puasa
2) Inkramadan Artpodcast
3) Pameran inkramadan | Kolektif Seni Kreatif Kartun Ramadhan 2021

Baca selanjutnya mengenai Inkramadan dalam Majalah Fantasia #04!

Fantasia ini tidak dijual di kedai-kedai buku, tetapi anda boleh dapatkan Majalah Fantasia ini secara online seperti di Shopee atau terus ke FB Page Majalah Fantasia, untuk mendapatkan senarai pengedar di seluruh Malaysia.

Terima kasih kerana menyokong industri kreatif tempatan.

Kredit foto: Aziz

Tags, , , , ,