Sakocomic @ Kolokium Komik Digital Malaysia

Sakocomic @ Kolokium Komik Digital Malaysia

30/9/2023 Buat pertama kalinya, kami telah memperkenalkan Sakocomic kepada umum di Kolokium Komik Digital Malaysia, GMBB Mall, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Persatuan Komik dan Komik-Web Malaysia (MYComic).

Alhamdulillah, Sakocomic telah mendapat perhatian dan reaksi positif daripada komuniti-komuniti pelukis komik.

Kami amat menghargai segala pandangan dan kritikan yang telah diberikan bagi menambah baik platform ini..Mengambil inspirasi daripada Netflix+Webtoon, pelukis komik indie boleh upload komik digital mereka untuk jualan secara online/streaming.

Platform ini akan dirasmikan pada bulan November 2023 di Anifest Malaysia, KL Gateway..Projek ini disokong oleh Dana Kreatif Perak Port Ipoh.

Teamwork – Mior, Muhaza, Abu & Nizzamkun.Jemput semua kawan2 untuk sertai platform webcomic ini.

Boleh hubungi Mior 013 310 0020 untuk makluman lanjut..Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *