Pekan Kartun V.8: Street Arts Evolution

Pekan Kartun V.8: Street Arts Evolution

Nama Acara: Pekan Kartun V.8 | Street Arts Evolution
Lokasi: Tapah Street Arts Mural, Tapah Perak
Tarikh: 3-4 Sep 2022
Acara ini telah dianjurkan oleh komuniti pelukis kartun dan komik Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Tapah dan Tourism Perak. Disokong oleh  Sako+, Shicibukai Cosplay Perak, Pekan Mainan Ipoh, dan ramai lagi. Krew En Zamari Muhyi, Mior Azhar, Abu Huzaifah, Nizzam dan Azahari.
Acara 2 hari ini telah berjaya menarik lebih 2,000 pengunjung dan peserta daripada seluruh negara. Perasmian and penutup telah disempurnakan oleh ikon kartun is negara Datuk M Nor Khald @ Lat.
Menampilkan aktiviti-aktiviti tersebut;
1) Cabaran melukis mural kartun terpanjang – Pekan Kartun Street Arts Mural
2) Pelancaran komik Abang Ringo karya Azben Skymmar
3) Pertandingan Cosplay Skit
4) Cabaran melukis Draw & Hang
5) Hotwheel race
6) Bengkel komik indie
7) Bengkel cosplay
8) Meet & greet bersama kartunis Mie
9) Jualan komik, toys, karikatur dan banyak lagi
1) Cabaran Pekan Kartun Street Arts Mural
Acara melukis Mural kartun lebih kurang 440 kaki bersamaan dengan 24 buah kedai panjang di Tapah Street Arts Mural.
Mural ini menampilkan lukisan kartun bertemakan pelancongan di Perak. Maskot Pekan Kartun yang bernama ‘Sketchy’ berjalan-jalan ke 50 ikon negeri Perak.
Menampilkan pelukis komik, kartunis, pelukis doodle, muralist, juruanimasi dan urban sketchers daripada seluruh Malaysia. Dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Kedah, Perlis, Johor, Sabah Dan banyak lagi.
1. Froggypapa
2. Bophairy
3. Katon
4. Azmi Hussin
5. Tuyuk
6. Farid Atoy
7. Jian
8. Hero Donnnia
9. Binjai
10. Aku Napie
11. Luqman Ke
12. Shazni
13. Mokcik Gemok
14. Meor Shukor
15. Tecer Intan
16. Nashart
17. Fad Lepat
18. Hakym
19. Hartyh
20. KLSketchNation
21. Chu Orn
22. Abu Huzza
2)  Pelancaran komik Abang Ringo karya Azben Skymmar
Majlis Pelancaran komik Abnag Ringo telah disempurnakan oleh ikon kartunis Negara, Datuk M Nor Khalid @ Lat. Sebuah komik yang diterbitkan sendiri dengan kerjasama BigroseD.I.YComic.
3) Pertandingan Cosplay Skit
Cosplay skit yang telah disertai oleh cosplayer dari seluruh Malaysia. Menampilkan Cosplayer jemputan Rozen Hamanasu & Version Fenrir. Juara tempat pertama Mohd Nurul Amin, kedua Akame Mikoto dan ketiga Kinomoto Sakura.
4) Cabaran Draw & Hang
Acara melukis kartun bertemakan Superhero ini terbuka untuk disertai oleh semua  pengunjung. Mendapat sambutan hangat di mana lebih 300 penyertaan yang telah diterima. Acara telah dimenangi oleh Jian, Yeop Kidal dan Syakir.
5) Hotwheel Race
Pelumbaan hotwheel di atas track lumba hotwheel sepanjang 30 kaki. Dijalankan dengan berlatar belakang lukis-lukis Mural telah Dijalankan oleh team Pekan Mainan Ipoh.
6) Bengkel Komik Indie
Bengkel komik indie oleh Topek Comic. Dia adalah pemenang Anugerah Pekomik kategori Komik Alternatif Terbaik 2018 dan berpengalaman melukis komik hampir 10 tahun.
7) Bengkel cosplay
Bengkel cosplay oleh Rozen Hamanasu Dan Version Fenrir. Cosplayer yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun Dan telah memenangi banyak pertandingan cosplay di seluruh negara.
8) Meet & Greet bersama kartunis Mie
Sessi bersama kartunis prolifik, Mie yang berpengalaman melukis kartun sejak umurnya 15 tahun iaitu 1976. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Kartunis Malaysia Tahun 2020 oleh Rumah Kartun dan Komik Malaysia. Salah satu program mempromosikan karya terbaru beliau, Pandemie.
9) Jualan komik, toys dan karikatur.
Menampilkan vendor-vendor;
1. Comicore Club
2. Persatuan Animassi Malaysia (Animas)
3. Hafiz Komik
4. Plamotech Toys
5. ChuOrn Karikatur
6. Topek Comic
7. MNO9
8. Bozo Toys
9. Pekan Mainan Ipoh
10. Sempoi