Inkramadan merupakan sebuah cabaran melukis sepanjang bulan Ramadhan yang sertai oleh pelbagai lapisan pelukis. Ia turut menampilkan peserta daripada negara Indonesia, Brunei dan Singapura.
Objektif utama Inkramadan adalah untuk menyebarkan kartun2 bermesej positif di media sosial. Selain itu ia merupakan platform untuk bakat-bakat baru untuk mempertengahkan bakat mereka melalui media sosial khususnya penggunaan hashtag.
Inkramadan telah bermula sejak 2015, sehingga kini pelbagai komik telah diterbitkan dari Inkramadan, beberapa pameran telah dibuat dan ramai bakat-bakat baru telah diperkenalkan.