DocuToon adalah dokumentari santai menjejak kartunis-kartunis dan pelukis komik yang telah berjaya daripada negeri Perak.
DocuToon telah ditayangkan secara berperingkat (setiap minggu) di channel Youtube – Sako Plus bermula 4/12/2020.
1. Pandan – 4/12/2020
2. Umbut – 11/12/2020
3. Azhar Abdullah – 18/12/2020
4. Jakall – 25/12/2020
5. Mishar – 1/1/2021
6. Tazidi – 8/1/2021
7. Leoz – 15/1/2021
8. Lambok – 22/1/2021
9. Boy PJ – 29/1/2021
10. Juragan – 5/2/2021
11. Don – 12/2/2021
12. Datuk Lat – 19/2/2021
Projek bukan bermotif keuntungan ini telah ditaja oleh Dana Kreatif Perak daripada Pejabat Menteri Besar Perak dibawah seliaan Port Ipoh.
1.PANDAN: Ketua Pengarang & Penerbitan Majalah Ujang, Apo? & Bekazon yang terkini.
2.UMBUT: Antara kartunis yang banyak menyertai pelbagai majalah kartun di Malaysia dan pernah menerbitkan majalah kartun sendiri, Umbut
3.AZHAR ABDULLAH: Pengasas majalah komik Urban Comic dan pengasas Persatuan Penggiat Komik Malaysia ( Pekomik)
4.JAKALL: Mula melukis di Majalah Fantasi sejak berumur 16 tahun. Kini mempunyai syarikat produksi animasi sendiri dan pensyarah di Aswara
5.MISHAR: Pengasas Majalah Gila-Gila, BatuApi, Bambino, Warta Jenaka, Murni dan banyak lagi.
6.TAZIDI: Kurator Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH dan Presiden PEKARTUN
7.LEOZ: Pemenang Japan International Manga Award 2020.
8.LAMBOK: Antara kartunis yang menghasilkan kartun/komik bestseller dan banyak menerima anugerah.
9.BOY PJ: Kartunis Gila-Gila yang terkenal dengan komik/kartun Malaysia Meriah yang memaparkan tradisi, budaya dan pelancongan Malaysia.
10.JURAGAN: Pengasas Rumah Kartun dan Komik Malaysia. Terkenal sebagai kartunis editorial prolifik di akhbar.
11.DON: Salah seorang yang terlibat ketika awal kemunculan majalah Gelihati dan Gila Gila. Menjadi salah seorang pencetus karikatur sebagai ‘performance art’ dan penerbitan komik & kartun Dakwah.
12.DATUK LAT: Ikon kartun negara Malaysia. Karya Datuk Lat telah diterima secara global dan mendapat pelbagai pengiktirafan
Biarpun program ini cuma akan memberi liputan kepada 12 orang sahaja, insyaAllah kalau ada sambutan kita akan meneruskan lagi Docutoon Musim ke2.
Hakcipta terpelihara @ 2024 - Sahabat Komik Creative Solution